Sawo Matang

Sawo' Matang merupakan album studio ke-12 dan merupakan yang pertama yang diterbitkan sendiri oleh penyanyi popular Noraniza Idris setelah tamat kontrak bersama syarikat rakaman Suria Records (SRC). Album ini menampilkan sisi matang Noraniza Idris sebagai penerbit dan juga komposer. Mendapat sambutan luar biasa, album ini meraih banyak kejayaan di majlis-majlis anugerah serata Nusantara.